Membawang Hari Ini

Zul Minta Maaf Gagal Jumpa Peminat

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Ariffin, memohon maaf kepada peminatnya di Jakarta apabila terpaksa keluar awal dari pawagam ketika tayangan perdana filem dibintanginya, Misteri Dilaila, di ibu negara Indonesia itu akibat masalah kesihatan.

Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin, 33, berkata keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terus ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Pelakon itu turut meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat berjumpa dan bermesra dengan peminatnya di negara berkenaan.

“Terpaksa keluar dari pawagam dan terus ke hospital. Kepada peminat dari Jakarta yang hadir ke tayangan perdana tadi, saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat filem. Saya minta maaf,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, malam tadi.

Dalam pada itu, Zul turut memuat naik gambarnya ketika sedang dirawat dan berdasarkan keterangan foto terbabit, difahamkan inilah kali keempat dia melalui situasi (tidak sihat) seperti itu dalam tempoh sebulan.

Dalam perkongsian terbaru, kira-kira dua jam lalu pula, Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 terbabit memuat naik gambarnya yang berada di lapangan terbang untuk kembali ke tanah air.

Sementara itu, rata-rata peminat memberi kata semangat dan mendoakan pelakon itu segera sembuh.

Zul berada di Jakarta bagi mempromosikan filem terbaru lakonannya itu yang ditayangkan sejak 21 Februari lalu.

Selain Zul, pelakon lain yang membintangi naskhah arahan Syafiq Yusof itu ialah Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor, Mas Khan dan Namron.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");