Berita Hari Ini

12,477 Lelaki Kelantan Jadi Hamba Dadah

PASIR MAS – Seramai 12,477 lelaki di negeri ini dikesan menjadi ‘hamba’ dadah berbanding 226 orang wanita dalam tempoh lima tahun bermula 2014 hingga 2018 lalu.

Memetik laporan Kosmo Online, Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 10,362 kes baharu berkait penyalahgunaan dadah telah direkodkan manakala 2,341 adalah kes berulang.

“Kota Bharu merupakan penyumbang tertinggi ‘hamba dadah’ membabitkan 2,823 orang.

“Pasir Mas mendududuki tempat kedua (1,687); Tumpat (1,494); Bachok (1,425); Machang (1,062); Tanah Merah (1,029); Gua Musang (931); Kuala Krai (791) dan Jeli (384),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti dekat Tendong, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Rozi Mohammad dan Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad serta pemimpin komuniti.

Zulkifli berkata, dadah sintetik dari jenis pil kuda dan syabu menjadi pilihan utama para penagih di negeri ini untuk melampias ketagihan mereka.

Katanya, sebanyak 90.1 peratus penggunaan pil kuda dan syabu oleh para penagih telah direkodkan sepanjang tempoh lima tahun bermula 2014 hingga 2018 lalu.

“Tangga kedua diduduki oleh dadah jenis opiat iaitu heroin sebanyak 46 peratus.

“Dadah jenis Amphetamine Type Stimulant iaitu Estasy dan Amphetamine berada di kedudukan ketiga iaitu sebanyak 45 peratus seterusnya ganja (0.7 peratus), Psikotropik (0.1 peratus iaitu Eramin 5, Benzodiazepine dan Psikotropik) dan lain-lain (0.1 peratus),” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");