Perak Hari Ini

2 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Perak Setiap Tahun

IPOH: Sebanyak 2 juta benih ikan pelbagai spesies telah dilepaskan di semua kawasan sistem perairan di Perak pada setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari berkata inisiatif Jabatan Perikanan negeri itu dijangka mampu menghasilkan 200 tan metrik ikan yang bernilai RM1 juta dalam tempoh sama.

Jelasnya, anak-anak ikan seperti anak ikan baung, lampam, tengas, jelawat, temoleh termasuk udang galah mampu menjadi tangkapan kepada hampir 2 juta nelayan darat di Perak.

Katanya pada tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 di bawah program pembekalan benih ikan bagi tujuan yang sama.

Tambahnya, Kerajaan Persekutuan pula memperuntukkan sebanyak RM150,000 bagi pengeluaran benih ikan, melalui pusat-pusat perikanan dan bekalan daripada pembenihan swasta.

“Beberapa santuari ikan seperti ikan loma, kelah dan sebagainya akan diwujudkan bagi tujuan pemuliharaan dan tarikan pelancong.

“Spesies ikan kelah yang kian terancam akan dimasukkan dalam jadual ikan yang dilarang ditangkap bagi pemuliharaan spesies tersebut.

“Penguatkuasaan udang-undang juga akan dikuatkuasakan bagi tujuan kelestarian perikanan di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang), Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata, kerajaan negeri akan memberi perhatian berhubung cadangan memasukkan ikan kerai, tenggalan dan patin dalam senarai pemuliharaan spesies.

Sementara itu ujar Yunus, seramai 744 orang nelayan darat di negeri ini telah layak menerima Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) yang mana sebanyak RM200 telah dimasukan ke dalam akaun bank mereka masing-masing.

Tambahnya, projek ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Perak juga sedang giat dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");