Berita Hari Ini

Ahli Keluarga Mangsa Mati Tahanan Polis Gesa IPCMC Ditubuh Segera

Gabungan tuntut pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) menggesa kerajaan segera menubuhan suruhanjaya itu seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi gabungan tuntut IPCMC, Mv Nanthan berkata, suruhanjaya bebas itu wajar disegerakan apabila mengambil kira pendedahan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

“Penubuhan IPCMC dicadangkan sejak tahun 2005 lagi, tetapi ia belum ditubuhkan kerana banyak bantahan daripada polis sendiri.

“Penderaan dan salah guna kuasa terhadap tahanan akan berkurangan atau tidak lagi wujud (jika IPCMC dilaksanakan),” katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Memorandum diserahkan oleh wakil dan ahli keluarga mangsa yang mati dalam tahanan polis kepada wakil-wakil pihak kerajaan.

Wakil pihak kerajaan yang hadir adalah Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Anggota Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman dan Anggota Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.

Antara wakil ahli keluarga yang mati dalam tahanan polis ialah, K Kalavani, V Syanty dan Ali Amir Basha.

Mereka sebelum itu bersama kira-kira puluhan penyokong berarak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Sebelum ini, Suhakam membuat rumusan inkuiri awam sejak Oktober 2017 lalu, bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab di atas kehilangan paderi Koh dan aktivis Amri.

Panel Suhakam menegaskan bahawa kehilangan kedua-dua individu tersebut bukan kes kehilangan secara sukarela, tetapi secara paksaan yang melibatkan campur tangan ejen-ejen kerajaan, khususnya daripada Cawangan Khas, Bukit Aman.

Kesimpulan itu berdasarkan bukti daripada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin yang mendakwa seorang pegawai Cawangan Khas dari Perlis, Sarjan Shamzaini Mohd Daud, memberitahunya bahawa Cawangan Khas, Bukit Aman telah melakukan kehilangan secara paksa ke atas kedua-dua individu terbabit.

Seramai 16 individu memberi keterangan dalam inkuiri tersebut, termasuk bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Pendedahan itu mendorong kepada gesaan IPCMC segera ditubuhkan pihak kerajaan.

Sementara itu, Nanthan menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan penubuhan IPCMC seperti mana janji sebelum PRU-14 lalu.

“Kami difahamkan bahawa pihak polis telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan cadangan penubuhan IPCMC di mana kandungannya tidak didedahkan kepada umum.

“Kami menyerus pihak polis diraja Malaysia (PDRM) agar bersedia menerima peneliti luaran secara terbuka dan berusaha menjadikan pasukan polis satu pasukan yang meletakkan hak asasi sebagai teras,” katanya kepada MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");