Berita Hari Ini

Bekas Banduan Perlu Diberi Peluang Kedua – Lam Thye

LANGKAWI: Bekas banduan perlu diberi peluang kedua dan tidak disisih bagi mengelakkan golongan itu kembali terjerumus kegiatan negatif selepas tamat menjalani hukuman.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata bekas banduan juga harus diberi peluang pekerjaan supaya tidak berasa terasing, sekali gus menghapuskan stigma yang membelenggu mereka.

“Berilah peluang untuk mereka menginsafi segala perbuatan lalu dan tidak perlu risau dengan stigma banduan,” katanya dalam ucaptama pada Program Temuseru Jabatan Penjara Malaysia, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Lam Thye berkata, masyarakat perlu menyokong sebarang aktiviti atau kerjasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan Jabatan Penjara dalam usaha memulihkan bekas banduan.

“Usaha memulihkan pesalah mahupun membanteras jenayah, bukan satu perkara mudah dan banyak cabarannya.

“Justeru, tugas dan tanggungjawab itu tidak harus terletak pada kerajaan semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama.

“Sudah banyak kaedah dan langkah diperkenalkan Jabatan Penjara untuk memulihkan banduan. Namun, segala agenda pelaksanaan itu tidak akan berjaya jika orang awam tidak bekerjasama memberi peluang kedua kepada mereka,” katanya.-BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");