Sukan Hari Ini

Benzema Nombor 9 Terbaik Dunia – Zidane

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane memuji Karim Benzema sebagai pemain berjersi nombor 9 terbaik dunia selepas penyerang Perancis itu mencipta hatrik ketika menewaskan Athletic Bilbao 3-0 di Bernabeu, malam tadi.

Hatrik Benzema itu adalah jaringan ke-21nya dalam La Liga musim ini, melonjakkannya di belakang Lionel Messi dan jaringan ke-30 dalam semua kejohanan.

Pemain berusia 31 tahun itu kini menghasilkan lapan jaringan terakhir Real memetik laporan HMetro.

“Saya tahu dan kenal cara permainan Benzema, semua orang tahu. Jumlah jaringannya menceritakan segalanya,” kata Zidane.

“Apa yang dilakukan di sini malah hanya dua gol lagi untuk menyamai rekod jaringan terbanyak menjadi saksi. Semua orang mempunyai pendapat mengenai pemain nombor 9 terbaik dunia dan pada saya dia adalah Karim.

“Dia sangat yakin, dia tahu anda juga boleh semakin baik dan saya tak terkejut dengan pencapaiannya.” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");