Panasnya Hari Ini

BN Kesal PH Didakwa Eksploitasi Kanak-Kanak Dalam Kempen

Pemimpin utama BN mendakwa PH menggunakan kanak-kanak dalam kempen pilihan raya gabungan itu.

Aktivis Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard, hari ini menyoroti penggunaan kanak-kanak pada acara yang turut menampilkan calon PH Dr S Streram.

Majlis itu dikatakan berlangsung pada hari Rabu lalu.

Gambar yang dikongsi Badrul menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di atas pentas bergerak bersama-sama Streram. Kanak-kanak berkenaan memegang kotak pensel warna.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau kesal melihat perkara ini berlaku.

“Dulu, mereka sudah pernah buat. Jika kami yang melakukannya, maka mereka akan kata kami mengeksploitasi kanak-kanak, tetapi mereka yang menggunakan kanak-kanak.

“Saya harap ini boleh dielakkan, ini adalah platform politik di tengah-tengah pilihan raya kecil, tidak sesuai untuk melibatkan kanak-kanak,” kata Khairy kepada pemberita.

Calon BN, Mohamad Hasan pada sidang akhbarnya menyentuh isu yang sama bekata hal ini merupakan eksploitasi kanak-kanak, dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan meneliti isu berkenaan.

Bekas perdana menteri Najib Razak pada hantaran di Facebook pula menyelar tindakan tersebut, berkata ia tidak beretika dan melanggar undang-undang MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");