Berita Hari Ini

Bunuh Jong-Nam: Doan Dibebaskan 3 Mei

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, akan dibebaskan pada 3 Mei ini selepas tempoh penjara tamat.

Salim Bashir, peguam yang mewakili tertuduh berkata, pihaknya difahamkan beberapa hari lalu oleh pihak kedutaan (Vietnam) bahawa tertuduh, seorang warga Vietnam, akan dibebaskan pada tarikh tersebut.

“Dia akan dibebaskan dan keluar dari Penjara Kajang pada awal Mei depan.“Pada hari yang sama, dia juga akan dihantar pulang ke negara asal, Vietnam.“Keluarga Doan juga telah dimaklumkan tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 1 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.

11 Mac pula, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");