Sukan Hari Ini

Cheng Hoe Sudah Ada Senarai Bayangan

BOTA: Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui sudah mempunyai senarai bayangan kesebelasan pemain utama skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun pihaknya masih belum memanggil mana-mana pemain dan masih dalam peringkat pemantauan prestasi setiap pemain di kelab masing-masing untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan sebelum memulakan latihan yang dijangka pada 27 Mei ini.

Katanya, keputusan mengenai kesebelasan utama dijangka akan diputuskan selepas perlawanan persahabatan pada 2 Jun membabitkan sama ada pasukan Pakistan, Nepal atau Bangladesh yang masih lagi diuruskan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kita belum lagi memanggil mana-mana pemain dan tiada jaminan mana-mana pemain terpilih melainkan mereka menunjukkan prestasi yang terbaik dalam latihan dan perlawanan persahabatan nanti.

“(Bagaimanapun) sebagai jurulatih kita sudah ada bayangan untuk skuad kali ini dan berharap pemain tidak mendapat kecederaan yang serius namun ia akan diputuskan nanti,” katanya ketika ditemui pada Klinik Permainan Bola Sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri di sini, hari ini.

Seramai 250 pelajar sekolah dari beberapa sekolah sekitar daerah Perak Tengah menyertai klinik berkenaan yang julung kali disertai jurulatih kebangsaan termasuk Cheng Hoe, Penolong Jurulatih, S. Balachandran dan Jurulatih Penjaga Gol, Azmin Azram Abdul Aziz.

 

Cheng Hoe berkata, pihaknya turut berharap urusan dokumentasi pemain Terengganu FC, Lee Tuck dapat diselesaikan secepat mungkin supaya pemain berdarah kacukan itu dapat didaftarkan untuk ‘play off’ kelayakan piala dunia nanti.

Katanya, tonggak skuad Malaysia B-23 iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syamer Kutty dan Syahmi Safari juga berpotensi untuk bersama kesebelasan utama namun mereka dan Lee Tuck juga akan dinilai melalui latihan dan perlawanan persahabatn yang dijalankan nanti.

“Jika kita tengok dari segi perkembangan dalam Liga Super dengan Terengganu (Lee Tuck) bermain dengan begitu baik dan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain kebangsaan selain ada semangat berpasukan yang tinggi, kita harap segala dokumen dia dapat dipercepatkan dan boleh dapatkan passport Malaysia secepat mungkin.

“Bukan Lee Tuck sahaja malah pemain tempatan juga perlu memberi 100 peratus perhatian dan fokus untuk ‘play off’ ini dan sudah tentu saya mahukan kesebelasan pemain yang dipanggil nanti mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Kita memerlukan semangat berpasukan dan jika (mengharapkan) Lee Tuck seorang sahaja tidak cukup dan kita perlukan pasukan yang terbaik untuk ‘play off’ nanti,” katanya.

Cheng Hoe berkata, biarpun perlawanan kelayakan Piala Dunia itu pada bulan Ramadan atau Hari Raya, beliau yakin setiap pemain dapat beraksi dengan baik dan menumpukan tumpuan dalam latihan dan perlawanan.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");