Perak Hari Ini

‘Doa Buat Ashraf’

IPOH: Kebanyakan masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat bagi mempermudahkan urusan mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang semasa perlumbaan itu sejak 23 Mac lalu.

Di Masjid Negeri, Masjid Sultan Idris Shah II, dekat sini tadi, hampir 1,000 orang jemaah hadir menyempurnakan solat hajat berkenaan yang diadakan selepas solat jumaat.

Solat diimamkan Imam Masjid Negeri, Muhammad Ali Mohamad Noh.

Dalam doa yang dibacakan selepas selesai solat hajat tersebut, Muhammad Ali memohon kepada Allah agar Mohamad Ashraf dapat pulang ke pangkuan keluarganya dengan keadaan selamat dan sihat.

Difahamkan juga doa yang diaminkan kesemua jemaah itu turut memohon agar Allah mengurniakan petunjuk baru agar ia dapat mempermudahkan misi pencarian Mohamad Ashraf yang kini memasuki hari ke-14.

Semalam dilaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin menyeru agar semua masjid dan surau di negeri ini dapat mengadakan solat hajat berkenaan sejurus selepas solat Jumaat.

Dalam kejadian pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer disedari hilang selepas didapati tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas pertandingan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");