Istiadat perkahwinan tersebut bakal berlangsung dengan hanya dihadiri kaum kerabat dan kenalan baginda secara tertutup selepas solat isyak.

Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal berkata, baginda akan melangsungkan perkahwinan pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April depan.

“Yang Teramat Mulia Tuanku juga bertitah agar cenderamata-cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.

“Baginda juga berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak akan dipermudahkan dan dirahmati Allah S.W.T sehingga ke jannah,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.

Difahamkan, Tengku Muhammad Faiz yang berusia 45 tahun memilih kenalan lamanya, Cik Sofie Louise, 33, yang merupakan warga Sweden sebagai suri hatinya lapor Kosmo Online.