Sukan Hari Ini

Saddil Kembali, Nwakaeme Belum Pasti

KUANTAN: Penyerang berbisa Pahang, Dickson Nwakaeme belum pasti dapat diturunkan pada aksi menentang PJ City FC di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pemain berasal dari Nigeria itu dijangka tiba di Kuantan hari ini, selepas bercuti selama dua minggu bagi menyelesaikan urusan keluarga di negara asalnya.

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, buat masa ini nama Nwakaeme belum dapat diputuskan untuk disenaraikan atau tidak dalam kesebelasan utama.

“Dia tidak bersama kita (berlatih) selama dua minggu dan saya kena nilai semula prestasinya jika mahu senaraikan sebagai pemain utam,” kata Dollah.

“Saya dimaklumkan, Nwakaeme akan tiba hari ini dan (masa) agak suntuk juga untuk buat keputusan (menyenaraikan) dia dalam pasukan.

“Seorang lagi pemain import kita, Saddil Ramdani sudah kembali menjalani latihan dengan rakan sepasukan lain sejak awal minggu ini… dia menyertai skuad kebangsaan Indonesia minggu lalu dan terlepas aksi menentang FELDA United.”ya.

Dollah bagaimana pun yakin dengan persembahan anak buahnya tanpa kelibat Nwakaeme, untuk melayan kunjungan pasukan PJ City FC.

“Kita perlukan khidmat Nwakaeme tapi jika dia tidak bersedia untuk turun (beraksi) malam esok, saya rasa kita tidak ada masalah untuk bermain dengan baik.

“Paling penting ialah tiga mata dan gunakan kelebihan beraksi di laman sendiri… kita perlu menang jika mahu merampas kembali kedudukan teratas Liga Super kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menewaskan FELDA United 3-1, malam tadi, kini menerajui Liga,” katanya.

Difahamkan, jentera serangan Pahang akan menyaksikan gandingan Jose Eduardo dan Norshahrul Idlan Talaha bagi merampas kembali puncak liga daripada Johor Darul Ta’zim lapor BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");