Membawang Hari Ini

Gangguan Mistik Berterusan Bukan Gimik – Hashmitha

KUALA LUMPUR: Penyanyi baharu, Hashmitha Selvam, 20, akur tidak dapat menutup mulut orang luar yang menganggap, dia sengaja melakukan gimik untuk memperkenalkan namanya.

Hashmitha yang berdepan gangguan mistik ketika proses rakaman dan promosi single sulungnya, Takkan Kembali mengakui, dia tidak perlukan gimik untuk menaikkan lagu itu.

Katanya, suara misteri pada rakaman audio, selain kemunculan kelibat hitam ketika diundang ke sebuah program hiburan adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan bukan sengaja diada-adakan.

“Kami tak jangka berdepan kejadian mistik seperti ini. Bukan hanya saya yang mengalaminya, malah kru turut berdepan gangguan selepas penggambaran video muzik lagu itu di sebuah tanah perkuburan.

“Tidak sangka, perkara itu berulang ketika saya mempromosikan lagu itu untuk siaran langsung sebuah program televisyen. Ia turut disedari keluarga dan pengurus yang merakamkan rancangan itu di rumah.

“Apa juga pandangan orang, saya ingin tegaskan, itu bukan gimik. Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, terpulang. Bagi saya dan syarikat rakaman, setiap yang berlaku membuatkan kami beringat,” katanya.

Takkan Kembali yang dilancarkan pada 15 Mac lalu dihasilkan Rumhadi Rumnan, manakala liriknya ditulis Iman Imran.

Rumhadi sebelum ini menjelaskan, lagu itu ditulis berdasarkan kejadian sebenar membabitkan rakan terdekat yang mengalami kemalangan.

Sementara itu, Hashmitha menegaskan, sindiran pihak tertentu tidak sesekali melemahkan semangatnya untuk terus melangkah.

“Saya bertuah dikelilingi mereka yang positif, malah kebanyakan pengikut di Instagram hanya memfokuskan komen mereka terhadap vokal dan lagu, bukan isu mistik.

“Sudah tentu, saya terharu Takkan Kembali mula mendapat perhatian, sekali gus menguatkan semangat saya memberikan yang terbaik,” katanya yang menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");