Panasnya Hari Ini

Hanya Ada Team BERSATU – Muhyiddin

MUAR: “Tidak ada ‘team’, yang ada hanya satu ‘team’ sahaja iaitu ‘team’ BERSATU,” tegas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), berkata dakwaan wujud perpecahan dalam parti itu hanya persepsi golongan tertentu saja.

“Dalam mana-mana organisasi, kita mempunyai pandangan tertentu mengenai banyak perkara. Tetapi itu (perbezaan) tidak boleh dianggap sebagai satu perpecahan kerana kita sudah berjaya (ke tahap ini).

“Kita sudah membentuk kerjasama yang amat baik dengan parti seperti PKR, AMANAH dan DAP sehingga kita berjaya menumbangkan kleptokrasi dan berada dalam kerajaan. Jadi kita amat sedar bahawa perpaduan dan kerjasama itu amat penting.

“Saya harap tidak ada pihak yang hendak mengambil kesempatan atau sengaja mereka cerita yang tidak betul untuk mencemarkan nama baik parti saya,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ke-47 Peringkat Johor di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PH Johor berkata, keutamaan beliau adalah memastikan kerjasama baik dengan semua pihak berterusan dan tiada konflik antara kepemimpinan tertinggi di dalam BERSATU.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan bekas EXCO Johor yang digugurkan, Mazlan Bujang, bahawa EXCO baharu daripada BERSATU adalah pasukan Muhyiddin, beliau menafikan perkara itu.

“Waktu YB Mazlan jadi EXCO dulu, dia tak kata team saya… patut dia kata dia team saya. Saya tidak fikir dakwaan itu andaian yang tepat.

“Kenyataan itu tidak membantu mewujudkan suasana yang baik supaya kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar (baharu) dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab (dengan berkesan),” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");