Membawang Hari Ini

‘Hanya Bertanya Khabar Dan Tunjukkan Sokongan’ – Ebby Yus

KUALA LUMPUR: “Kami sempat berjumpa tapi tak bersembang lama,” kata pelakon Ebby Yus susulan pertemuan singkat dengan individu berhati mulia dikenali dengan nama Syed Syukri MK yang menawarkan buah pinggangnya kepada Ebby sebelum ini.

Ebby ketika dihubungi Harian Metro berkata, ia pertemuan pertama sejak kisah mereka tular di media sekitar Januari lalu.

“Kebetulan, semalam saya dalam perjalanan pulang ke kampung di Negeri Sembilan dan dia ada buat program bersama golongan asnaf di Masjid Teluk Kemang, Port Dickson.

“Dia menghubungi saya dan beritahu kalau ada masa singgahlah ke situ,” kata Ebby.

Bagaimana pun pada pertemuan itu, Ebby mendedahkan mereka tidak bercakap mengenai tawaran sumbangan sebelum ini sebaliknya hanya bertanya khabar selain memberi sokongan kepada aktiviti anjuran Syukri.

“Tengok dia pun sibuk dengan program bersama asnaf, saya tidak mahu mengganggu dan bersembang mengenai perkara itu.

“Mungkin apabila ada masa sesuai kami akan bertemu sekali lagi dan berbual mengenai hal itu,” kata Ebby.

Harian Metro pernah melaporkan Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid, 54, menderita pelbagai jenis penyakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu.

Malah selepas kisahnya tular, beberapa individu menawarkan bantuan termasuk ada yang menawarkan buah pinggang kepada Ebby.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");