Perak Hari Ini

Ibu MB Perak Meninggal Dunia

IPOH: Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Datin Zaliha Nordin telah meninggal dunia pada jam 7.25 malam tadi.

Menerusi satu kenyataan oleh pejabat Menteri Besar, Zaliha, 79, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Kampung Sungai Rokam, dekat sini.

Katanya, jenazah akan dibawa ke Kediaman Rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir, di sini.

“Tempoh waktu untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Datin Zaliha Nordin telah ditetapkan di antara jam 9 pagi hingga 10 pagi, pada 29 April 2019 di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

“Jenazah Allahyarhamah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Khairiah di Kampung Kepayang, Fair Park pada pukul 10.15 pagi untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Khairiah yang terletak berhampiran masjid tersebut,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");