Membawang Hari Ini

Jangan Biadap Dengan Ibu Saya – Anna Jobling

KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Anna Jobling, 18, terkilan dengan sikap segelintir warganet yang tidak menghormati perasaan ibunya apabila terlalu lantang mempersenda wanita yang melahirkannya itu.

Bakat yang dicungkil menerusi pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 itu berkata, perbuatan biadap mereka itu mengguris hati dan perasaannya kerana wanita yang dipersenda itu ialah insan yang paling disayanginya.

“Mengapa terlalu lantang mengkritik fizikal seseorang? Banyak komen yang mempersenda ibu saya dan mereka melakukannya tanpa perasaan bersalah. Bukankah kita patut menghormati semua, tidak kira siapa pun mereka?

“Saya tidak pernah mengeluarkan perkataan kesat, terutama kepada orang yang lebih tua. Tolonglah hormat ibu saya. Sebagai anak, saya akan bangkit mempertahankan ibu kerana terlalu menyayanginya.

“Kenapa dalam hidup ini kita perlu menyebarkan kebencian, sedangkan masih banyak hal positif yang boleh dilakukan?,” katanya.

Gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris berusia 18 tahun itu berkata, sesekali dia akan menegur perbuatan mereka kerana baginya, setiap manusia sama di mata Tuhan.

“Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada mereka? Apakah mereka juga akan berdiam diri? Sesekali, saya akan tegur secara berhemah, namun ada masanya, saya ambil pendekatan berdiam diri. Buang masa sebenarnya layan orang seperti mereka,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya seninya, Anna berkata, dia masih menunggu tawaran untuk memulakan langkah dalam bidang lakonan. Pernah mendapat kepercayaan sebagai pengacara, Anna mengakui, masih banyak yang perlu diperbaiki, terutama dari segi pertuturan dan gaya penyampaian.

“Saya sedar, penguasaan bahasa Melayu saya belum begitu baik dan saya sedang berusaha mempertingkatkannya. Insya-Allah, saya akan cuba perbaiki kerana penguasaan bahasa ibunda penting untuk terus mencari peluang dalam bidang seni,” katanya.-BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");