Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Ulangi Pendirian Tambah Baik Sistem Kesihatan

TAIPING: Kerajaan Perak sekali lagi mengulangi pendirian dalam usaha menambahbaik sistem penjagaan kesihatan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia sebagai langkah menghadapi keperluan populasi golongan warga emas yang kian meningkat di Perak.

Sekali lagi katanya, kerajaan negeri menyatakan hasrat dalam menjalinkan kerjasama dengan Jepun dalam usaha tersebut dalam siri lawatan kerja beliau ke negara itu pada awal bulan lalu.

“Ketika lawatan kerja saya ke Jepun baru-baru ini, delegasi negeri Perak telah berkunjung ke Pejabat Polisi Penjagaan Kesihatan yang terletak di bawah Sekretariat Kabinet Jepun.

“Di situ saya menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk menjalin kerjasama rasmi bersama kerajaan Jepun bagi memperkasakan sektor penjagaan kesihatan warga emas susulan peningkatan populasi penduduk berusia 60 tahun ke atas di negeri ini,” katanya.

Ujarnya kerajaan Jepun memberi respons yang positif kepada cadangan itu.

Beliau juga mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam memastikan tidak ada mana-mana masyarakat yang akan terpinggir.

“Melalui pendekatan komprehensif ini, warga emas digalakkan untuk terus menyumbang kepada masyarakat dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai dengan kemahiran serta pengalaman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Negeri Perak kali ke-32 di Hotel Taiping Perdana, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa penghargaan kepada para pesara kerajaan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");