Sukan Hari Ini

Peringkat Terakhir LTdL 2019, Cabaran Unik Buat Pelumba

Hari terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 menyaksikan pelumba bakal melalui cabaran sejauh 103.8 km bermula Dataran Lang dan berakhir di Kuah, Langkawi.

Apa yang uniknya peringkat terakhir ini adalah, pelumba perlu melalui cabaran laluan berbukit yang sama tiga kali sebelum menuju ke garis penamat.

Setakat ini juara bagi setiap jersey masih lagi dipertahankan oleh pelumba yang sama dan untuk pusingan terakhir ini adakah mereka mampu mempertahankannya?

Bandar Langkawi menjadi sedikit meriah dek kerana penganjur membawakan semula LTdL kembali ke tempat ia dimulakan.

Apa yang diharapkan, siri jelajah yang dicetuskan Ahli Parlimen, Langkawi dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed itu turut disokong penduduk Langkawi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");