Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Akan Beri Sokongan Penuh Penganjuran LTdL 2019

IPOH: Kerajaan Perak menzahirkan rasa gembira apabila negeri terpilih menjadi salah satu tuan rumah bagi acara Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada penganjuran temasya saingan jelajah berbasikal terbesar di rantau Asia Tenggara itu.

Perak menjadi hos bagi perlumbaan peringkat kelima yang akan bermula di daerah Tanjung Malim menuju ke Taiping yang membabitkan jarak perlumbaan sejauh 200.1 kilometer pada 10 April ini.

“Kita menjangkakan sekitar 20,000 orang akan berkumpul di garisan penamat nanti bagi menyaksikan acar ini.

“Perlumbaan ini mengumpulkan para atlet elit peringkat antarabangsa yang mana kesemua kontinjen dan pasukan, termasuk pelumba dan anggota sokongan terdiri dalam 800 orang.

“Dan pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di peringkat antarabangsa. Jadi ini bukan calang-calang pertandingan.

“Kerajaan negeri akan beri sokongan sepenuhnya kepada penganjuran acara ini,” kata Howard.

Tambahnya lagi, pada kesempatan penganjuran temasya sukan berbasikal tersebut, kerajaan negeri berharap ia juga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha mempromosikan Perak di mata dunia.

Ujarnya di sepanjang perjalanan perlumbaan, para peserta akan merasai pengalaman yang menarik kerana keindahan bentuk muka bumi ataupun landskap negeri ini.

Selain itu, Howard juga tidak menafikan kemungkinan kerajaan negeri akan menganjurkan beberapa acara mini bagi menghangatkan lagi penganjuran LTdL 2019 di Perak.

“Dalam masa terdekat kita akan umumkan sesatu untuk LTdL 2019 di Perak. Kerajaan negeri, Majlis Sukan Negeri, ataupun pejabat saya akan mengumumkan satu dasar yang bakal menambah baik pengumuman kerajaan pusat, dari segi aspek kebajikan atlet,” ujarnya.

Terdahulu beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");