Berita Hari Ini

Langgar Polis Trafik, Pelajar Kolej Dipenjara 3 Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur setelah didapati bersalah memandu secara melulu dan berbahaya.

Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Tan Wooi Zhan, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama tiga tahun.

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota Polis Trafik Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Hishamuddin, dua hari lepas.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, dia merempuh mangsa sehingga melambung dan tercampak ke tengah jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");