Berita Hari Ini

Bomba Nafi Terlibat Penganjuran Misi Besar-besaran Cari Mohammad Ashraf

GOPENG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menafikan pihaknya terlibat dalam satu operasi besar-besaran untuk mencari Mohammad Asyraf yang tular melalui media sosial itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menasihatkan agar orang awam tidak terlibat dengan aktiviti tersebut selain memberikan kerjasama kepada operasi yang dilakukan pihak berkuasa.

“Kehadiran orang awam yang ramai di sekitar kawasan pencarian boleh menyebabkan fokus pencarian oleh agensi penyelamat terganggu selain itu boleh menyebabkan ketenteraman penduduk kampung akan terjejas.

“Kita juga bimbang dengan aspek keselamatan orang ramai yang mahu menyertai misi pencarian tersebut memandangkan terdapat binatang berbisa seperti yang dijumpai pihaknya sepanjang tempoh operasi dijalankan sejak 24 Mac lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang di sini pada Khamis, sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.

Tambah Sabarodzi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari Mohammad Ashraf yang memasuki hari ke-12 hari ini di sekitar dan di dalam Gua Tempurung juga tidak menemui sebarang petunjuk.

“Hari ini kita melakukan operasi di belakang Gua Tempurung termasuk laluan masuk pintu belakang gua.

“Esok kita akan meluaskan skop pencarian yang turut melibatkan kawasan sekitar Gua Tempurung, lombong, ladang kelapa sawit dan kawasan berpaya,” katanya.

Katanya, JBPM juga telah berjumpa dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria bagi merujuk kepadanya berkaitan kejadian yang menimpa Mohammad Ashraf itu.

“Beliau menyarankan agar umat Islam mengadakan solat hajat di seluruh masjid dan surau diri Jumaat selepas solat Jumaat serta berdoa agar operasi mencari mangsa dipermudahkan dan dia dapat dijumpai dengan selamat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");