Perak Hari Ini

LDP Tingkatkan Kecekapan Polis Trafik Semasa Bertugas

IPOH– Bagi meningkatkan kecekapan anggota polis trafik dalam menjalankan tugas, Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh hari ini telah mengadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

Disamping memberi pendedahan dan keyakinan kepada anggota Out-rider, Polis Diraja Malaysia khasnya polis trafik dipertanggungjawabkan untuk memastikan aspek keselamatn VVIP semasa menjalankan tugas termasuklah kelancaran perjalanan laluan VVIP ke sesuatau majlis rasmi.

Tambahan lagi, LDP yang dijalankan juga bertujuan untuk melatih anggota-anggota baru dan anggota lama yang berpengalaman untuk memberi pendedahan dan lebih berkeyakinan sewaktu menjalankan tugas pengiring sekaligus menaikkan imej PDRM di mata masyarakat.

Dalam pada itu, sebanyak 59 buah motosikal berat pasukan telah menyertai konvoi sejauh 375 kilometer yang meliputi kawasan daerah Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Taiping dan destinasi terakhir di Tanjung Bungah Pulau Pinang.

Perlepasan konvoi tersebut telah disempurkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah.

LDP ini juga melibatkan seramai 6 orang pegawai kanan serta 53 orang anggota yang turut melibatkan lima anggota wanita dimana dijangkan akan berakhir pada 23 April ini.

Selain dijadikan sebagai latihan, konvoi ini turut mengadakan Team Building bagi memupuk semangat kerjasama dan menunggang motosikal dengan cara yang betul.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");