Sukan Hari Ini

LTdL 2019: Benjamin Dyball Ungguli Cabaran Bukit Di Genting Highland

Cabaran peringkat keempat yang merupakan laluan yang dinanti-nantikan para pelumba akhirnya tamat selepas pelumba dari Sapura Cycling, Benjamin Dyball menggungguli tempat pertama.

Benjamin sekaligus dinobatkan juara keseluruhan bagi peringkat keempat LTdL 2019 dan merampas jersey kuning dari pelumba Floyds Pro Cycling.

Peringkat keempat LTdL 2019 yang memulakan laluan dari Shah Alam ke Genting Highland itu mencabar pelumba dengan laluan bukit setinggi 1645 meter.

Tempat kedua, dimenangi oleh pelumba dari Interpro Cycling Academy, Hernan Rocardo Aguirre Caipa manakala tempat ketiga dimenangi Keegan Swirbul, pelumba dari Floyds Pro Cycling.

Sementara itu, Angus Lyons dari pasukan Oliver Read Food Cycling (Oli) masih lagi mempertahankan gelaran Raja Bukit dan memakai jersey Merah untuk peringkat keempat.

Begitu juga dengan gelaran Raja Pecut, pelumba dari pasukan Floyds Cycling Academy, Travis Mc Cabe berjaya mempertahankan gelaran itu.

Jersey Putih yang memegang gelaran Terbaik Asia menyaksikan perubahan apabila pelumba dari Vino Astana Motors (VAM) berjaya merampas kedudukan dari pelumba Malaysia.

Esok, cabaran LTdL 2019 diteruskan untuk peringkat kelima dengan laluan bermula dari Tanjung Malim dan berakhir di Taiping.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");