Ia adalah antara aspek utama yang dititikberatkan oleh Dhaarma Raj untuk lima aksi persahabatan antarabangsa menentang pasukan ranking kesembilan dunia, India.

“Apa yang penting untuk saya dalam siri ujian ini adalah memberikan peluang kepada semua pemain beraksi dan juga menukar penjaga gol.

“Jika saya hanya fikir jumlah jaringan pastinya semua pemain tidak akan mendapat peluang beraksi yang sama kerana takut dibolosi dengan jumlah yang besar,” katanya.

Malaysian Tigress tewas 0-3 kepada India dalam aksi persahabatan pertama, Khamis lalu sebelum kecundang 0-5 pada perlawanan kedua semalam.

Justeru, kemenangan pertama ke atas finalis Sukan Asia 2018 itu pastinya dapat meningkatkan motivasi barisan pemain menjelang perlawanan ketiga di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8 malam esok.

Lima aksi persahabatan menentang India ketika ini merupakan salah satu persediaan buat skuad negara yang akan menghadapi Final Siri Hoki Dunia di Dublin, Ireland pada Jun depan yang merupakan pusingan kelayakan awal ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun lapor Kosmo Online.