Membawang Hari Ini

Mark Adam Ramal NAMA Juara Asia’s Got Talent

KUALA LUMPUR: Penyanyi Mark Adam mengakui, bangga dengan pencapaian kumpulan vokal wanita tempatan, NAMA yang begitu menyerlah dalam program realiti, Asia’s Got Talent musim ketiga (AsGT3).

Disebut-sebut bakal memenangi pertandingan itu, malah pemuzik terkenal, David Foster turut meramalkan peluang cerah mereka, Mark yakin, keunikan kumpulan itu memberi kelebihan kepada NAMA untuk muncul juara.

Dia yang mengenali anggota kumpulan itu, Noor Syamimi Makhtetar, berharap rezeki akan menyebelahi NAMA kerana pengetahuan dan pengalaman mereka akan memacu perkembangan industri muzik tempatan.

“Mereka memang layak mendapat sokongan semua pihak kerana mempunyai pakej lengkap. Selain keunikan bakat, mereka juga sangat komited sepanjang pertandingan yang berlangsung di Singapura.

“Saya mengenali anggota kumpulan itu, terutama Syamimi kerana dia antara tenaga pengajar di Akademi Suara yang saya kendalikan. Melihat semangat mereka ketika berlatih, saya yakin tuah akan menyebelahi NAMA,” katanya.

Penyanyi lagu Pencuri itu berkata, dia juga berbangga dengan keberanian NAMA menyahut cabaran, sekali gus menepis stereotaip terhadap kemampuan wanita berhijab dalam bidang seni.

“Saya bangga dengan apa yang mereka lakukan, terutama ketika beraksi di pentas akhir, malam kelmarin. Mengenali Syamimi, dia sangat komited dalam setiap kerja yang dilakukan.

“Biarpun sibuk bertanding, dia tetap mengambil berat perkembangan anak muridnya. Dia juga disenangi dan disayangi pelajar di akademi ini,” katanya.

Selain Syamimi, kumpulan vokal wanita itu turut dianggotai Nur Fazrina Mohd Ani, 28, Norfazira Malik, 24, dan Nur Farahida Dolhadi, 24.

Turut membawa harapan bersama NAMA untuk mengharumkan nama negara ialah Yasshwin Sarawanan, 16, atau lebih dikenali sebagai Manusia Kalkulator.

Persaingan penentuan juara musim ketiga itu turut membariskan Eric Chien dari Taiwan, Junior Good Vibes (Filipina), Maniac Family (Taiwan), Power Duo (Filipina), Siti Saniyah (Indonesia), Shadow Ace (Filipina) dan Yang Shih Hao (Taiwan).

Keputusan AsGT3 akan diumumkan pada 11 April ini menerusi saluran AXN (Astro saluran 701) dan AXN HD (Astro saluran 721), bermula jam 8.30 malam- BHarian

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");