Sukan Hari Ini

Matic Salahkan Diri Sendiri

MANCHESTER: Nemanja Matic mendakwa ketiadaan ketua berpengalaman di padang menjadi punca Manchester United menanggung aib apabila tewas 0-4 di tangan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.

Dalam saingan itu, United nyata gagal menandingi Everton yang menambah kekalahan kelima Red Devils di gelanggang lawan dalam semua pertandingan selain mencatat kekalahan paling buruk sejak Mac 1981.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer kini sudah tewas enam daripada lapan perlawanan dan Matic jelas melenting dengan kekalahan di Goodison Park sejurus tamat perlawanan.

“Masalah terbesar ialah kami tiada pemimpin di atas padang,” kata Matic, 30, kepada Stadium Astro.

“Bagi kes saya, sebagai pemain paling berpengalaman dalam pasukan ini, jika kita gagal bersaing di pertengahan perlawanan, pasukan kita memang sukar untuk bermain.”

“Jika ada sesiapa untuk dipersalahkan, maka sayalah orangnya.

“Saya fikir saya bertanggungjawab kerana saya yang paling berpengalaman dalam pasukan ini,” katanya.

Rabu ini, United yang kini menghuni tangga keenam liga, ketinggalan dua mata di belakang Arsenal (tangga keempat) bakal menerima kunjungan pasukan tetangga, Manchester City di Old Trafford. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");