Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Janji Selamatkan MAPS

IPOH- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zhemin mengumumkan menarik balik usul mengenai laporan audit dalaman khas taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Meru Raya.

Katanya, usul yang dibuat adalah untuk menyeru kerajaan bagi memulihkan status kewangan Animation Theme Park (ATP) tetapi semalam, pihaknya telah mendapat satu jaminan dimana pihak kerajaan negeri akan menyelamatkan kedudukan kewangan Perak Corporation Berhad (PCB) akibat masalah di MAPS.

“Keputusan akan diumumkan oleh lembaga pengarah dari semasa ke semasa dan dengan jaminan ini, hasrat untuk membuat usul tersebut telah tercapai.

“Disebabkan sudah ada jaminan daripada pihak kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Perak sendiri, jadi tidak ada sebarang kerisauan daripada pihaknya serta taman tema MAPS akan dapat diteruskan sebagai satu entiti,” katanya dalam satu sidang media di Bagunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

MAPS dibangunkan Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) yang mana ia dikongsi bersama-sama dua entiti iaitu salah satunya PBC Development Sdn Bhd (PCBD), yang mewakili PCB.

Terdahulu dalam satu sidang media, beliau ada menyatakan akan mengemukakan sebanyak 23 kenyataan dan pertanyaan beliau berkenaan penyelewengan terhadap kos pembinaan taman tema terbabit kepada Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadi

“Pada minggu lalu, saya telah membuat satu kenyataan dimana usul MAPS mengenai kedudukan kewangan yang dihadapi oleh ATP akan membahaskan kerana pada setiap bulan MAPS berhadapan faedah yang perlu dibayar oleh pihak ATP iaitu berjumlah RM1.5 Juta dan jumlah operasi berjumlah RM1.8 Juta secara keseluruhannya bernilai RM3.3 Juta.

“Pada setiap September pula, satu pinjaman tahunan yang perlu dibayar yang berjumlah RM30 Juta dan setakat ini baki yang masih berbaki adalah sebanyak RM240 Juta,” katanya.

Dalam pada itu, pada minggu lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad ada berkata, sekiranya Zhemin meneruskan tindakannya membincangkan secara terbuka perkara berkenaan ia dikhuatiri akan menggoyahkan keyakinan para pelabur terhadap syarikat.

Katanya ia juga berkemungkinan bakal memberi kesan kepada saham PKNP dalam PCB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");