Sukan Hari Ini

Nadal Mara, Ferrer Bersara

BARCELONA: Rafael Nadal tidak menunjukkan belas kasihan terhadap lawannya, David Ferrer untuk mara ke pusingan suku akhir Terbuka Barcelona awal pagi tadi, dan menggambarkan “seronok menyaksikan” rakan senegaranya itu bermain sebelum menuju persaraan.

Ferrer memutuskan untuk bersara selepas berakhirnya Terbuka Madrid bulan depan dan kekalahannya hari ini adalah penampilan ke-15 serta yang terakhir dalam kejohanan itu.

Tetapi perkara itu tidak memberi kesan terhadap Nadal yang menang 6-3, 6-3 untuk selangkah lagi mendekati kejuaraan ke-12 di Barcelona.

Empat daripada kejuaraan itu hasil kemenangan ke atas Ferrer pada perlawanan akhir dan dalam kejayaan terakhirnya, lawan Nadal berusia 37 tahun itu memberi penghormatan kepada penonton sebelum meletakkan lilitan kepalanya yang berwarna merah jambu di garisan servis.

“David bersara bukan kerana tahapnya tetapi ia adalah tahun yang rumit buatnya dengan separuh daripadanya disebabkan kecederaan,” kata Nadal.

“Tahapnya pada tahun ini masih sangat tinggi dan juga pada tahun sebelum ini dia memberi saingan sengit dan memberikan kita sesuatu yang seronok dilihat. Kami berterima kasih padanya.”

Ferrer mencapai ranking tertinggi dalam kariernya apabila berada di kedudukan tiga dunia pada tahun 2013, tahun yang sama dia hampir memenangi Grand Slam, sebelum ditundukkan Nadal sekali lagi di final Terbuka Perancis.

“Saya berikan segalanya yang saya ada,” kata Ferrer. “Saya sangat gembira, impian saya jadi kenyataan untuk bermain perlawanan terakhir di gelanggang ini.” – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");