Berita Hari Ini

Osman Maklumkan Perletakan Jawatan pada Sultan Johor

Bekas menteri besar Johor Osman Sapian menyembah maklum peletakan jawatannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pagi ini.

Perkara itu dinyatakan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim yang disiarkan pada jam 10 pagi.

Ia turut disertakan gambar Osman duduk di samping Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru.

“DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada hari ini (13 April) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Pada pertemuan bersama Baginda hari ini, Datuk Osman menyembah maklum mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Johor,” jelas kenyataan tersebut.

Selasa lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan Osman sebagai menteri besar, 11 bulan selepas dilantik ke jawatan itu.

Osman yang juga Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) Johor, Isnin lalu dilaporkan menyerahkan dua surat peletakan jawatan kepada perdana menteri dalam satu pertemuan di Putrajaya- MalaysiaKini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru

!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");