Berita Hari Ini

Polis Buru Tiga Lagi Suspek Kes Bunuh

KOTA BHARU: Polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai bersembunyi di luar negeri ini bagi membantu siasatan kes bunuh di Kampung Kedondong Kadok di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata ketiga-tiga suspek yang sudah dikenal pasti identiti mereka, adalah penduduk yang berasal dari kawasan sekitar tempat kejadian.

Rabu lalu, polis menahan reman tujuh hari seorang suspek berusia 48 tahun yang juga penduduk kampung itu bagi membantu siasatan kes pergaduhan itu.

“Kita sedang mencari tiga lagi suspek yang berada di tempat kejadian ketika pergaduhan itu. Mereka kini dipercayai sembunyikan diri di luar Kelantan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong Royong sempena Sambutan Hari Polis Ke- 212, Kampung Kubang Siput, Pasir Tumboh di sini hari ini.

Isnin lalu, seorang lelaki berusia 31 tahun ditemui mati akibat cedera parah di belakang kepala, disyaki dipukul menggunakan senjata tajam di Kampung Kedondong Kadok.

Mayat Mohd Daud Isa ditemui penduduk jam 8.30 malam Isnin lalu. Berikutan itu, seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan pada jam 3 pagi keesokannya untuk membantu siasatan.

Mengenai program hari ini, Hasanuddin berkata, seramai 200 anggota polis dan penduduk terbabit dalam program gotong royong bagi memerangi aedes di kampung berkenaan.

“Tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dijalankan selepas kami dimaklumkan seramai 14 penduduk menghidap demam denggi.

“Jadi kita ambil kesempatan ini untuk membersih kawasan yang menjadi pembiakan aedes,” katanya kepada BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");