Panasnya Hari Ini
Like

Pegawai Sangkal Khabar Angin Dakwa Istana Tak Mahu Bertemu Muhyiddin

April 23, 2019
363 Views
0 Comments
1 minute read
Pegawai Sangkal Khabar Angin Dakwa Istana Tak Mahu Bertemu Muhyiddin

PETALING JAYA: Seorang pegawai Muhyiddin Yassin menyangkal artikel dalam sebuah akhbar yang mencadangkan Istana Johor tidak mahu bertemu presiden PPBM itu dalam soal pemilihan menteri besar baru.

Marzuki Mohamad, pegawai khas tugas-tugas khas kepada Muhyiddin di Kementerian Dalam Negeri berkata, kerjasama rapat Muhyiddin dan Istana Johor memastikan Dr Sahruddin Jamal dilantik menggantikan Osman Sapian.

Beliau juga menafikan khabar angin mendakwa Osman yang menyerahkan nama Sahruddin kepada Istana Johor.

Marzuki menjelaskan Muhyiddin menyerahkan nama Sahruddin dalam surat kepada Istana Johor pada 13 April, selepas berbincang dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad.

“Surat tersebut diserahkan kepada Sultan Johor menerusi setiausaha kerajaan negeri. Alhamdulillah, nama Sahruddin sebagai calon menteri mendapat persetujuan Sultan Johor,” katanya.

Beliau berkata keputusan melantik Sahruddin juga dibincangkan dengan pemimpin Pakatan Harapan peringkat negeri termasuk para Adun, ahli Parlimen dan pemimpin PPBM bahagian.

“Muhyiddin antara tokoh yang memainkan peranan utama dalam proses peralihan ini. Sebagai ketua umum PH Johor, beliau dipertanggungjawabkan oleh Mahathir untuk menangani isu peralihan kepimpinan kerajaan negeri Johor dengan baik,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.