Panasnya Hari Ini

PM: Jika Raja Yang Pilih MB, Malaysia Bukan Lagi Negara Demokrasi

Jika Raja-raja dianggap memiliki kuasa untuk memilih perdana menteri dan menteri besar, Malaysia tidak boleh lagi dikira sebagai negara demokrasi, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah agar “pihak-pihak tertentu” berhenti mencampuri urusan negeri itu.

“Saya berpendapat kalau kita anggap yang akan memilih perdana menteri dan menteri besar ialah raja, kita sudah tidak jadi negara demokratik lagi,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata rakyat telah memilih parti dalam pilihan raya dan parti seterusnya ada hak untuk melantik menteri besar lapor MKini.

“…Tetapi (apabila) hak ini dinafikan maka kita bukan (lagi) demokrasi. Kita sudah jadi negara (dengan sistem) raja berkuasa mutlak,” katanya lagi.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini, Sultan Ibrahim juga menyarankan “pihak tertentu” itu menumpukan usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang sultan,” titahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");