Panasnya Hari Ini

RM14.5 Juta Dimasukkan Dalam Akaun Bank Peribadi Najib – Pengurus Cawangan Ambank

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM14.5 juta ke akaun AmPrivate Banking-Y1MY milik bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak antara Julai 2014 dan 11 Feb 2015.

Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi, 40, ketika membacakan penyataan saksinya berkata wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun AmBank (AmPrivate Banking-Y1MY) bernombor 211-202-2011898 milik Najib.

“Saya mengesahkan sejumlah RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun itu pada 8 Julai 2014, RM1 juta dimasukkan pada 23 Julai 2014 dan RM3.5 juta dimasukkan pada 11 Feb 2015,” katanya ketika diminta membuat pengesahan ke atas Penyata Akaun AmBank itu yang dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.

Semalam Uma Devi mendedahkan sebanyak RM64 juta dimasukkan ke dalam akaun AmPrivate Banking-1MY milik Najib bernombor 211-202-201188-0 antara 8 Julai 2014 dan 10 Feb 2015.

Uma Devi, yang berkhidmat dengan Ambank sejak 5 Mac 2012, turut mengesahkan borang pembukaan akaun bagi akaun berkenaan atas nama Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak yang dibuka pada 31 Julai 2013 dan nama pemilik akaun diletak sebagai AmPrivate Banking-Y1MY sebagai nama utama dan diikuti oleh nama Datuk Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak.

Saksi ke-21 pendakwaan itu yang menyambung keterangannya hari ini terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal Ariff Kamil bertarikh 23 Jun 2014 bertajuk ‘Transfer Instruction’ dan mengesahkan bahawa itu adalah surat arahan kepada AmBank untuk memindahkan RM3 juta daripada akaun AmBank bernombor 211-202-201188-0 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib.

“Surat arahan ini turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan RM1 juta daripada RM3 juta itu ke dalam akaun 211-202-2011898 dan baki RM2 juta dimasukkan ke akaun 211-202-201190-6 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY),” katanya pada hari kesembilan perbicaraan kes Najib, berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Uma Devi berkata terdapat juga surat arahan oleh Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd) bertarikh 8 Julai 2014 untuk memindahkan RM20 juta daripada akaun AmBank 211-202-201188-0 (Akaun AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib.

“Surat arahan itu turut mengarahkan AmBank untuk memasukkan RM10 juta daripada RM20 juta itu ke akaun Ambank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY),” katanya.

Saksi itu berkata terdapat transaksi pemindahan keluar wang daripada akaun Ambank bernombor 211-202-2011898 (AmPrivate Banking-Y1MY) milik Najib antara Ogos 2014 dan 11 Feb 2015.

“Saya mengesahkan RM10 juta dipindah keluar pada 21 Ogos 2014, RM1 juta dipindah keluar pada 28 Ogos 2014 dan RM3,496,500.00 dipindah keluar pada 11 Feb 2015,” katanya.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");