Membawang Hari Ini

Sufian Bakal Terbit Buku Puisi

KUALA LUMPUR: Sambutan memberangsangkan diberikan penonton terhadap persembahannya pada Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) memberikan idea kepada Sufian Suhaimi untuk tampil dengan buku puisi.

Menggunakan judul Senandika Sufian Suhaimi, buku yang berkisar mengenai kehidupan penyanyi sensasi terbabit memuatkan 70 puisi dan hampir siap untuk dipasarkan.

“Buku itu nanti bukan bercerita mengenai kisah cinta dan putus tunang semata-mata, sebaliknya berkisar pada kehidupan serta perspektif saya berhubung perkara terbabit.

“Seperti semua sedia maklum, banyak kejadian besar berlaku dalam hidup saya sejak beberapa tahun lalu. Dari sudut peribadi dan kerjaya, ia dilihat seiring.

“Ada cerita gembira, sedih, kecewa dan setiap detik itu pula saya selalu terjemahkan dalam kehidupan. Apabila saya berbuat begitu, saya berasakan ada sesuatu yang boleh dikongsi untuk bacaan insan lain,” katanya kepada BH Online.

Mengakui sudah lama mengasah bakat dalam penulisan puisi, namun apabila tercetus idea untuk menghasilkan buku terbabit, dia mengumpul dan menulis semula karya terdahulu.

“Sekarang, sebanyak 70 puisi sudah dihasilkan, dengan setiap muka surat memuatkan sebuah puisi sepanjang 8 hingga 10 baris,” katanya sambil memaklumkan perkataan senandika membawa maksud istilah.

Suhaimi berkata, naskhah terbabit adalah hasil kolaborasinya bersama Universiti Utara Malaysia (UUM), yang meluahkan hasrat untuk bekerjasama dari aspek pendidikan.

“Tajuk ini dipilih atas perbincangan bersama pihak UUM. Mereka jugalah yang bakal menguruskan soal penerbitan dan pengedaran.

“Setiap puisi dalam buku itu kebanyakannya menggunakan judul lagu nyanyian saya, termasuk ‘Terakhir 1 dan 2’, ‘Di Mata Mu 1’, ‘Harus Aku 2’ dan ‘Terasa Ada 3’,” kata Sufian kepada BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");