Berita Hari Ini

Tiada Cadangan Tubuh Undang-undang Khas Untuk Raja – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan sebarang akta atau undang-undang khusus untuk raja-raja seperti ‘lese majeste law’ di Thailand setakat ini.

Menurut laporan Bernama, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peruntukan di bawah akta yang sedia ada sudah memadai walaupun Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang meneliti undang-undang yang sedia ada bagi mereka yang menghina atau mencerca Institusi Beraja.

“Peruntukan yang ada dalam akta hasutan (Akta Hasutan 1948) kita akan teliti , dan ada cadangan untuk kita masukkan di bawah kanun keseksaan.”

“Bila perkara itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri , kita akan teliti sama ada wajar peruntukan seperti itu kita pinda atau diperkukuhkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");