Berita Hari Ini

UMNO/BN Punca Pindaan RUU MA63 Tidak Diluluskan – Anwar

SEREMBAN: Tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berkecuali, menyebabkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 gagal diluluskan di Dewan Rakyat, malam tadi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan blok pembangkang itu menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal dalam usaha mendapat undi dua pertiga untuk meluluskan RUU itu.

“PH berusaha menunaikan janji dalam manifesto untuk meminda Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kita menunaikannya dengan membentang dan membahaskannya Dewan Rakyat hari ini.

“Namun, UMNO, BN berkecuali. Tidak mengundi. Tidak mengapa. Dia tidak bagi alasan yang jelas mengapa, tapi dia berapa lama perintah pun tidak buat (pinda).

“Di Parlimen, 50 Ahli Parlimen membahaskan usul itu. Kita perlu 148 sokongan undi untuk dapat majoriti dua pertiga tetapi hanya dapat 138 undi. Tidak mengapa.

“Akan tetapi saya berpuas hati, saya bangun menyokong usul dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini bukti kami tunai janji untuk kembalikan status Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia pada 1963,” katanya ketika berkempen di Mambau, malam tadi.

RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi kerana kerajaan gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali. Seramai 46 Ahli Parlimen membahaskan usul berkenaan.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 tidak boleh diteruskan untuk bacaan kali ketiga kerana tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");