Berita Hari Ini

2 Lelaki Naiki Bot Dilaporkan Hilang

PONTIAN: Dua lelaki dilaporkan hilang selepas menaiki bot untuk mengambil stok air minuman dari sebuah kapal yang tersadai di Pulau Pisang, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil, berkata kedua-dua lelaki berusia 43 dan 38 itu tidak pulang, semalam, menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis.

“Bomba menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian itu pada jam 5.36 petang tadi (semalam) sebelum lapan anggota dengan sebuah bot dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi ditangguhkan, malam ini (malam tadi), disebabkan cuaca gelap dan air surut dan akan disambung semula pagi esok (ini),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.

Pulau Pisang ialah sebuah pulau kecil di Selat Melaka yang terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Benut, di sini, dan sering menjadi tumpuan pemancing.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");