Berita Hari Ini

Ahmad Faizal CEO Baharu SPAN

PUTRAJAYA: Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman dilantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa Isnin ini.

Surat pelantikan Ahmad Faizal, 49, sudah ditandatangani Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dengan terma kontrak selama dua tahun yang boleh diperbaharui atas budi bicara kementerian.

“Pelantikan Ahmad Faizal menamatkan teka-teki sebelum ini apabila jawatan itu tidak diisi sejak Mac lalu selepas CEO sebelumnya iaitu Datuk Mohd Ridhuan Ismail bersara pada 28 Februari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, sebelum dilantik menerajui SPAN, Ahmad Faizal adalah CEO di beberapa syarikat berkaitan air iaitu SAJ Ranhill Sdn Bhd (operator air di Johor) dan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB).

“Beliau yang memiliki pengalaman luas dalam urusan pentadbiran dan pengurusan perniagaan turut pernah bertugas di syarikat berkaitan kerajaan iaitu Prokhas Sdn Bhd dan institusi pelaburan iaitu Aseambankers Malaysia Bhd yang kini dikenali sebagai Maybank Investment Bank Berhad.

“Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perakaunan dan pengurusan kewangan serta memperoleh Ijazah dari University of Assex, United Kingdom dan Said Business School, University of Oxford dalam bidang Pengurusan Lanjutan.

“Dengan rekod prestasinya yang memberangsangkan di organisasi diterajui beliau sebelum ini, KATS dan SPAN yakin Ahmad Faizal mampu memacu transformasi dalam industri perkhidmatan air serta pembetungan di negara ini melalui perancangan strategik dan penguatkuasaan Akta 654 serta Akta 655 secara lebih tuntas.

“Untuk rekod, Ahmad Faizal adalah individu ketiga dilantik menerajui SPAN selepas Datuk Teo Yen Hua (Mac 2007 hingga Ogos 2014) dan Mohd Ridhuan September 2014 hingga Februari 2019),” katanya. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");