Perak Hari Ini

Akan Letak Jawatan Jika PKNP FC Tersingkir Liga Super – Zainol

IPOH – Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin akan meletakkan jawatannya, jika pasukan berkenaan gagal mengekalkan kedudukan dalam liga super pada musim ini.

Ini kerana katanya, semua permintaan daripada barisan kejurulatihan dan pemain telah dipenuhi dengan sebaiknya, tanpa sebarang masalah.

“Letak jawatan ini serius dan bukan main-main. Kalau ikutkan sejak ambil alih (pasukan), saya di pihak pengurusan dan pentadbiran telah memenuhi hampir semua permintaan, termasuk daripada segi gaji dan sebagainya.

“Jadi inilah adalah masa untuk mereka (pemain) penuhi apa yang kami minta, dan yang kami minta adalah adalah supaya terus kekal dalam Liga Super. Untuk itu, mereka perlu menang beberapa perlawanan daripada baki tujuh yang tinggal ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kelab Bola Sepak PKNP FC di sini, pada Isnin, lapor Bernama.

Zainol Fadzi yang juga Penasihat Menteri Besar Perak, memegang jawatan presiden sejak Oktober 2018.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi masih menaruh keyakinan para pemain akan berusaha bersungguh-sungguh, walaupun mengakui cabaran getir yang perlu diharungi PKNP FC bagi memastikan sasaran kekal dalam Liga Super tercapai.

Sementara itu pengendali PKNP FC Abu Bakar Fadzim berkata, beliau akan memikul tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pasukan yang dikendalikan sejak musim 2016 itu tidak akan tersingkir ke Liga Perdana, pada musim akan datang.

Katanya walaupun ia merupakan tugas sukar, namun tiada yang mustahil jika semua pemain memberikan komitmen terbaik, dan kekal fokus bagi meraih keputusan positif.

“Tiada alasan untuk gagal. Saya harap semua pemain faham setiap amanat dan tanggungjawab untuk kami kekal dalam liga super,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");