Perak Hari Ini

AMANAH Prihatin Bantu Keluarga Yang Memerlukan

IPOH: Pemuda AMANAH Perak telah mengadakan program Ziarah Kasih Ramadan dan sebanyak empat buah keluarga telah diziarahi serta menyampaikan sumbangan.

Ketua Pemuda AMANAH Perak, Hasnul Zulkarnain berkata beliau tidak mampu menahan sebak ketika melihat keadaan masyarakat yang menanggung ujian daripada Allah, tidak kurang diuji oleh Allah dengan kesempitan hidup, ada juga yang diuji dengan kesihatan.

“Salah satu rumah yang kami lawati sangat menyedihkan kerana tiga daripada empat anaknya mengalami sakit yang agak kronik.

“Anak lelaki sulung keluarga ini mempunyai masalah gegaran di otak manakala anak perempuan pula menghidap sakit lelah yang kronik dan anak keduanya pula mempunyai masalah buah pinggang dan kemurungan serta saraf,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar Ipoh, semalam.

Ujarnya lagi, beliau ternyata tidak mampu menahan kesedihan apabila melihat nasib yang dihadapi oleh anak-anak keluarga itu.

“Betapa besarnya ujian serta betapa tingginya kesabaran ibu ini dalam membesarkan anak-anak yang masing-masing diuji dengan kesakitan,” katanya.

Pada perkembangan sama, Pemuda Amanah Perak juga telah menziarahi keluarga yang mana ahli keluarga mereka menghidap penyakit-penyakit kronik.

Menurut Hasnul, masyarakat seperti ini wajar diambil perhatian oleh semua pihak, bukan sahaja kerajaan tetapi masyarakat sekeliling kerana mereka ini memerlukan sokongan dan dokongan daripada kita.

“Melihat kepada mereka yang diuji ini membuatkan kita rasa sangat bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada saya iaitu nikmat kesihatan, nikmat keluarga, nikmat kesenangan dan nikmat kebahagian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");