Sukan Hari Ini

Liverpool Lebih ‘kaya’ Di TV Berbanding City

LONDON: Sama ada menang atau tidak malam nanti, yang pasti kantung Liverpool akan lebih banyak wang berbanding Manchester City hasil kutipan siaran langsung Liga Perdana Inggeris di TV lebih banyak musim ini.

Perlawanan membabitkan Liverpool disiarkan 29 kali oleh stesen Sky Sports dan BT Sport — lebih dua siaran berbanding kelab lain. Manchester United di tempat kedua dengan 27 siaran di televisyen manakala City, termasuk perlawanan terakhir menentang Brighton malam ini hanya 26 kali disiarkan secara langsung.

Kelab Liga Perdana Inggeris dijanjikan pendapaan minimum £12.5 juta (RM69 juta) hasil siaran langsung di TV dengan jumlah tambahan sebanyak £1.2 juta (RM6.6 juta) jika perlawanan disiarkan lebih 10 kali. Ini bermakna 29 siaran langsung membabitkan aksi Liverpool akan memberikan kelab itu pendapatan sebanyak £3.4 juta (RM19 juta) melebihi bayaran kepada City.

Paling malang ialah Manchester United kerana setiap mata yang mereka cicirkan membawa kerugian kira-kira £100,000 (RM550,000).

Berdasarkan pengiraan The Mail hari ini, Liverpool dijangka mampu mengaut sekitar £150 juta (RM825 juta) jika mereka muncul naib juara iaitu £1.4 juta (RM7.7 juta) mengatasi pendapatan City.

Setiap musim, semua kelab Liga Perdana Inggeris dijanjikan sekurang-kurangnya 10 kali siaran secara langsung di United Kingdom. Namun kelab yang tersingkir – Bournemouth, Southampton dan Huddersfield masing-masing hanya lapan kali diberi liputan langsung.

Ini bermakna Huddersfield, Fulham dan Cardiff masing-masing kehilangan pendapatan antara £94 juta (RM517 juta) dan £100 juta (RM550 juta).

Namun begitu jumlah itu berdasarkan anggaran media berkenaan berdasarkan kedudukan kelab dalam carta liga dan ia tertakluk kepada perubahan di hujung perlawanan yang menamatkan musim malam ini.

Manchester City memang menonjol namun kelab itu berbelanja sangat mahal. Spurs yang kini menghuni tangga keempat, muncul kelab paling bernilai disusuli Liverpool.

Cardiff pula berbelanja melebihi bajet tetapi gagal meraih keputusan yang baik namun kekal mencatat kewangan yang baik berbanding sumber perniagaannya yang lain. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");