Perak Hari Ini

Bersatu Dan PH Perak Junjung Titah Sultan Nazrin

IPOH: Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menyokong dan menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung larangan menyalahgunakan masjid serta surau bagi segala aktiviti berbentuk politik kepartian.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, titah Baginda itu selari dengan pendirian Bersatu dan PH negeri yang menolak sebarang perbuatan menyalahgunakan rumah ibadat tersebut bagi program politik.

Ujarnya sebagaimana titah Sultan Perak, perbuatan tersebut haruslah disiasat bagi mengekang kejadian yang sama daripada terus berulang.

Katanya, perkara tersebut harus diambil perhatian demi memelihara keutuhan ummah di negeri ini khususnya pada bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

“Ini juga selari dengan pendirian Bersatu dan PH Perak yang konsisten dalam menolak politik kepartian sempit serta menggunakan sensitiviti agama dan kaum untuk meraih sokongan.

“Bersatu dan PH sama sekali tidak bersetuju dengan politik perpecahan yang dibawa oleh parti-parti tertentu apatah lagi jika ia berisiko menjejaskan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Sultan Nazrin menitahkan agar tiga program bermotifkan politik yang berlangsung di masjid dan surau sekitar negeri disiasat segera.

Ia termasuk dengan dua buah program di Teluk Intan dan di Kampung Temiang, di sini, yang mengundang penceramah yang didakwa tidak mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");