Berita Hari Ini

Tiket KTMB untuk balik kampung masih banyak

KUALA LUMPUR – Lebih daripada 262,000 tiket disediakan untuk laluan dari Gemas ke Padang Besar menerusi Electric Train Service (ETS), dan dari Tumpat ke Johor Bahru Sentral melalui KTM Antarabandar bagi orang ramai yang mahu balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri , menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini.

Menurut KTMB tiket bagi tempoh 1 Mei hingga 16 Jun menunjukkan ETS mempunyai baki tambahan sebanyak 55.42 peratus (210,439 tiket) dan KTM Antarabandar 33.15 peratus (51,766 tiket).

KTMB menjual 472,080 tiket untuk ETS manakala KTM Antarabandar menawarkan 77,440 tiket ke pelbagai destinasi di seluruh negara. Bilangan tiket yang dijual sejak 8 Mei untuk ETS adalah kira-kira 261,641 dan KTM Antarabandar 25,674, ” menurut KTMB ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Sempena musim perayaan, 36 perjalanan ETS dan 49 KTM Antarabandar disediakan untuk menampung permintaan penumpang yang tinggi, katanya.

Jumlah tiket yang banyak merupakan peluang keemasan kepada golongan pelajar dan keluarga untuk mendapatkannya kerana jualan tiket kepada orang ramai telah bermula sejak 10 April lepas.

Tiket boleh didapati menerusi dalam talian di laman web KTMB www.ktmb.my atau menerusi aplikasi mudah alih (KTM MobTicket) atau kaunter KTMB berhampiran.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sosial media KTMB Berhad (Facebook), @ktm_berhad(Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) atau menghubungi pusat panggilan KTMB di 03-22671200 yang beroperasi 24 jam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");