Perak Hari Ini

FINAL PIALA FA IPOH: MBI VS SUK

IPOH- Persatuan Bolasepak Ipoh (PBI) akan mengadakan Perlawanan Akhir Piala FA Persatuan Bolasepak Ipoh 2019 diantara Pasukan Majlis Bandaraya Ipoh II (MBI) menentang Pasukan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) di Stadium Indera Mulia di sini, 9.00 malam esok.

Timbalan Dipertua Persatuan Bolasepak Ipoh, Hairul Anwar berkata perlawanan antara dua pasukan gergasi Ipoh ini akan menjadi perlawanan sengit dimana kedua dua pasukan akan cuba menampilkan aksi yang terbaik.

“Ini merupakan kali keempat pasukan MBI berada di pentas final dan dua kali muncul sebagai juara, manakala pasukan SUK, ini merupakan kali ketiga buat mereka.

“Kedua-dua buah pasukan ini sudah pasti akan memberikan tentangan yang hebat bagi merangkul kejuaraan buat edisi keenam ini dan buat Pasukan MBI mereka semestinya ingin mengekalkan gelaran juara yang mereka perolehi pada kejohanan lepas.

“Juara akan membawa pulang Piala Pusingan beserta wang berjumlah RM3000 manakala buat naib juara akan membawa pulang wang sebanyak RM2000 dan fokus kami disini adalah semangat kesukanan serta melahirkan generasi bolasepak yang baru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perlawanan Akhir Piala FA Persatuan Bolasepak Ipoh, di Stadium Indera Mulia, hari ini.

Ujar Hairul Anwar lagi, beliau menyasarkan kehadiran seramai 5000 orang bagi memeriahkan lagi kehangatan perlawanan akhir ini.

“Kemasukan untuk perlawanan malam esok adalah percuma, jadi saya di sini ingin menyeru kepada warga Perak supaya turun ke stadium menghadirkan diri untuk menyokong pasukan pilihan masing masing yang sudah pastinya akan memberikan aksi yang terbaik buat mereka,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, kedua- dua ketua pasukan akan menjanjikan corak permainan yang terbaik dengan kekuatan pasukan masing-masing tanpa sebarang pemain yang cedera.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Perlawanan Akhir Piala FA Persatuan Bolasepak Ipoh diantara Pasukan MBI II menentang Pasukan SUK pada jam 9.00 malam esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");