Perak Hari Ini

Gesa MB Perak Campur Tangan Isu Penempatan Penduduk Buntong Di RPT Bemban

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digesa untuk campur tangan dalam isu melibatkan penempatan semula setinggan masyarakat Buntong, Ipoh di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bemban, dekat Batu Gajah.

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Buntong dalam satu kenyataan berkata terdapat beberapa persoalan dan kepincangan berhubung perkara tersebut.

Dakwanya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A. Sivasubramaniam ada menyebut bahawa projek RPT Bemban telah dibatalkan oleh kerajaan.

Ujarnya lagi walaupun perkara ini melibatkan bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) namun mereka mempersoalkan tindakan Adun tersebut yang menjalankan satu sesi pertemuan.

Kenyataan tersebut tidak menyatakan secara terperinci bila, di mana, siapa dan berapa individu yang terlibat mahupun hadir.

Surat daripada PTD tersebut juga tidak disertakan sekali bersama kenyataan media yang dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Namun dakwanya terdapat individu asing yang dikenali sebagai ‘Henry’ telah dibawa oleh Adun Buntong hadir ke pertemuan tersebut.

“’Orang luar’ bernama Henry itu telah meninggikan suara dan bertengkar dengan penduduk Buntong yang telah di minta hadir ke pertemuan tersebut.

“Kami penduduk Buntong berasa tertipu dan tertindas dengan oleh kerajaan terutamanya Adun Buntong dan Adun Tronoh.

“Maka, kami memohon Menteri Besar Perak untuk campur tangan dalam isu ini dengan segera dan menjamin penduduk setinggan Buntong dengan lot tanah yang telah dijanjikan, dikenal pasti, serta diluluskan untuk mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");