Berita Hari Ini

Isu Statut Rom, Penyelaras Residen PBB Diminta Beri Penjelasan

PUTRAJAYA: Kementerian Luar memaklumkan Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia akan diminta memberi penjelasan hari ini mengenai proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, berkata ini berikutan Malaysia sudah menarik balik penyertaan daripada triti berkenaan.

“Malaysia sudah mengemukakan surat penarikan diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa kepada pihak PBB, namun pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada triti itu seperti tertera pada laman sesawang PBB sangat mengecewakan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kementerian Luar kemudian mengeluarkan kenyataan media pada 8 Mei lalu mengenai penarikan diri Malaysia daripada triti itu.

Dalam kenyataan media itu, Kementerian Luar memaklumkan seperti diputuskan Jemaah Menteri, Kerajaan Malaysia sudah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Surat dikemukakan kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April lalu, selaku depositori bagi triti itu, selepas mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri. – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");