Sukan Hari Ini

KBS Sedia Bantu PESRON

TINDAKAN atlet Orang Kurang Upaya (OKU) Perlis, Mira Nirwani Mohammad melancarkan tabung derma sehingga gambarnya menjadi tular di media sosial baru-baru ini mendapat maklum balas daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq dalam ruangan Twiter memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia membantu pihak Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON).

Syed Saddiq memaklumkan buat pertama kali KBS memperuntukkan RM3 juta hingga RM 10 juta untuk skim kesihatan khas bagi atlet dan juga bekas atlet.

“Bantuan boleh disampaikan melalui saluran sedia ada. YAKEB iaitu badan kebajikan atlet juga menerima peruntukan RM3 juta untuk membantu atlet.

“Boleh maklumkan bagaimana saya boleh hubungi mereka ini,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu Mira tampil memberi penjelasan Tabung Kebajikan Atlet Paralimpik Negeri Perlis ini adalah inisiatif ahli di bawah PESRON bagi menampung tabung persatuan.

Jelasnya, ia untuk membantu atlet di bawah PESRON Perlis dari segi keperluan kerusi roda, tongkat, kaki palsu dan sebagainya.

“Ini inisiatif kami sendiri. Wang dikumpul itu akan digunakan untuk kebajikan atlet yang memerlukan bantuan.

“Saya bersama sembilan lagi ahli menawarkan diri bagi menjalankan kerja amal ini atas kebenaran dan mendapat permit daripada pihak polis selama tiga bulan iaitu dari April hingga Jun ini,” katanya.

Mira Nirwani yang sebelum ini pernah beraksi dalam acara lontar peluru kategori F35 mengharapkan penjelasan ini dapat memberi jawapan kepada persoalan yang timbul.

PESRON Perlis akan terus aktif dengan sokongan dan bantuan KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negera (MSN) membangunkan sukan para negeri serta menghasilkan atlet para terbaik negara seperti Muhammad Ridzuan Puzi, Latiff Romly dan ramai lagi.

“Saya ingin memohon maaf jika ada menimbulkan kekeliruan pada mana-mana pihak. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan buat tabung kami. Segala sumbangan anda akan disalurkan kepada yang memerlukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");