Sukan Hari Ini

Khalid Samad Dicadang Terajui KLFA

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad dikatakan menjadi individu yang bakal menjadi ‘hero’ untuk menyelamatkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang dilanda kemelut ketika ini.

Ini selepas Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu dikatakan berminat untuk mengemudi persatuan terbabit yang ketika ini diterajui Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai kewajaran seorang menteri untuk mengemudi persatuan sukan yang mana berkemungkinan boleh mencetuskan pertembungan kepentingan ketika sukan ini sepatutnya bebas daripada sebarang pengaruh politik.

Menurut sumber, beberapa ahli gabungan bersedia mencadangkan nama Khalid selaku Presiden KLFA yang baharu dengan satu pertemuan sudah diatur antara kedua-dua pihak sebelum ini.

“Mereka sudah berjumpa dengan Khalid dan menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan kepadanya untuk menduduki kerusi nombor satu persatuan itu.

“Meskipun tiada lagi kata putus secara rasmi, reaksi Khalid dilihat positif dan beliau nampak berminat dengan cadangan terbabit,” katanya kepada BH Sukan.

Terdahulu, kemelut yang melanda KLFA itu membabitkan perebutan pencalonan jawatan menyaksikan kongres persatuan itu digantung Pesuruhjaya Sukan sebelum ini, Datuk Zaiton Othman tahun lalu.

Namun, kemelut terbabit tidak berpenghujung selepas beberapa aduan antara ‘dua kem’ yang mahu bertanding menyebabkan kongres terbabit terus tergantung sehingga hari ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa mengesahkan kongres pemilihan persatuan itu dijangka akan dilangsungkan penghujung tahun ini sekali gus menoktahkan isu yang membelenggu persatuan terbabit ketika ini.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");