Berita Hari Ini

Manfaatkan Ramadan Kali Ini – Wan Azizah

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meminta umat Islam di negara ini supaya memanfaatkan sepenuhnya kedatangan Ramadan.

“Saya berharap agar Ramadan ini benar-benar mampu mendidik kita semua menjadi umat yang bertaqwa daripada sudut vertikal iaitu hubungan dengan Allah dan sudut horizontal iaitu hubungan sesama makhluk. Biar Ramadan kali ini menjadikan kita semua jaguh kemanusiaan sejagat.

“Fajar Ramadan 1440H membawa seribu satu rahmat Allah berserta pengampunanNya. Sudah pasti pada kesempatan ini kita semua tidak mahu melepaskan peluang menambah ibadah, menggapai rahmah dan meningkatkan maghfirah demi merealisasikan impian jannah.

“Oleh itu, saya menyeru untuk diri saya sendiri dan seluruh rakyat Malaysia agar kita bersama-sama memanfaatkan peluang ini sedaya upaya mungkin agar Ramadan yang sarat dengan kurniaan Allah ini tidak berlalu pergi begitu saja, sedangkan hubungan kita denganNya masih di takuk lama,” katanya dalam perutusan sempena Ramadan 1440H semalam.

Menyingkap mengenai peribadi Nabi Muhammad SAW, Wan Azizah berkata umat Islam seharusnya mencontohi cara hidup baginda.

“Baginda digambarkan oleh sahabatnya begitu pantas bergerak umpama angin kencang demi memenuhi tuntutan dan keperluan umat baginda, pada hari-hari dalam Ramadan. Ia dilakukan agar temu janjinya bersama-sama Jibrail untuk bertadarus al-Quran berjalan lancar.

“Ini menunjukkan baginda seorang yang cergas dan sangat arif menguruskan agenda hidup baginda. Pengurusan hidup yang seimbang antara keperluan rohani, spiritual dan khidmat masyarakat adalah kunci kejayaan umat Islam sejagat,” katanya. -BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");